Khamis, 20 Ogos 2009

Karangan 1 :)

Semasa aku mengemas kain baju di almari, aku terpandang sehelai baju biru yang aku pakai saat menghantar saat menghantar sahabat karibku "Afiq" ke lapangan terbang. Dia mengikuti keluarganya yang ingin bermastautin di Australia. Air mataku berlinangan membasahi pipiku saat aku mengingat masa-masa susah senang yang kulalui bersamanya, sahabat terbaik yang pernah kumiliki.

Aku teringat saat hari dimana dia akan bermustautin, dia tidak memberitahukanku jika dia akan bermastautin. Dia berpendapat, agar aku tidak begitu sedih. Pada hari itu, dia mengajakku berbelanja di Orchard Rd. Aku dan dia pun membeli baju yang sama berwarna biru di Zara. Aku dan dia pun memakai baju itu selama berbelanja seharian di Orchard.
Ketikia pukul 6 sore, saat sedang makan malam. Dia memberitahukanku bahawa dia akan bermastautin ke Australia malam itu. Aku sangat kaget, pikiranku seperti disambar petir. Aku tak percaya bahawa aku akan kehilangan sahabat terbaikku.
Afiq pun menenangkan aku agar aku tidak sedih. Sehabis makan, dia pun mengatakan bahawa dia harus ke lapangan terbang, kerana keluarganya telah menunggunya disana. Aku sangat sedih , terlintas dalam pikiranku, bahawa waktu yang kumiliki untuk bersama sahabat karibku tinggal beberapa jam lagi.
Selama di teksi di perjalanan, air mataku mulai membasahi pipiku, aku pikir ini hanyalah sebuah mimpi, tapi ternyata tidak! Ku harus merelakan untuk kehilangan dia. Masih aku berpikir, teksi sudah sampai di lapangan terbang.
Di lapangan terbang, keluarganya telah menunggunya. Dia pun memasuki pintu keberangkatan. Aku pun menyaksikannya menghilang dibalik pintu keberangkatan.
Ehm, airmataku terus membasahi pipiku saat memegang baju itu.

2 ulasan:

  1. sila buat pembetulan:

    1)Air mataku berlinangan membasahi pipiku saat aku mengingat masa-masa susah senang yang kulalui bersamanya. Dialah sahabat terbaik yang pernah kumiliki.

    2)Aku teringat saat hari di mana dia berhijrah ke Australia. Dia tidak memberitahuku tentang rancangannya.Dia menyangka bahawa aku tidak akan berasa sedih.

    3) Kwtika kami sedang makan malam, dia pun memberitahuku bahawa dia akan bermastautin ke Australia malam itu juga. Aku menjadi sangat kaget. Fikiranku seperti disambar petir. Aku tidak percaya bahawa aku akan kehilangan sahabat terbaikku.

    4) Setelah kami habis makan, dia pun mengatakan bahawa dia harus ke lapangan terbang, kerana keluarganya telah menunggu di sana. Aku berasa sangat sedih dan tiba-tiba terlintas dalam fikiranku, bahawa waktu yang kumiliki untuk bersama sahabat karibku hanya tinggal beberapa jam lagi.

    5) Semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang, air mataku mulai membasahi pipiku, aku berfikir ini hanyalah sebuah mimpi, tapi ternyatanya tidak! Aku harus merelakan untuk pemergiannya. Akhirnya, kami tiba di lapangan terbang.

    KESELURUHAN: bagus, cuma ada kesilapan ejaan. bukan pikir tetapi fikir. "dimana" dieja pisah menjadi "di mana". sedih sungguh cerita kamu.

    BalasPadam
  2. markah

    bahasa : 13/20
    isi : 14/20
    jumlah : 27/40

    disemak oleh cikgu jariah pada 25hb ogos 2009.

    Ivan, sila buat pembetulan.

    BalasPadam