Khamis, 27 Ogos 2009

Tanggal 27hb ogos, saya telah memulakan misi yang telah Cikgu Jariah berikan iaitu berpuasa selama satu hari. Objektif saya melakukan misi ini ialah


06.00 : Saya bangun pagi. wah! saya sudah terlambat, kerana bangun sudah pukul 06.00


06.10 : Saya pun pergi mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Saya hanya memakan sepotong kue kerana tidak ada masa lagi.


06.25 : Saya pun sudah berada di perhentian bas untuk menunggu bas. Bas datang pukul 6.30


06.40 : Saya naik mrt ke yishun dari bishan,


06.55 : Saya tiba di tempat pertukaran bus Yishun, saya bertemu Hasbullah bersama Meldy. Kami pun naik bas 806 ke sekolah.


07.05 : Kami sampai sekolah dan melakukan tugas " councillor"


08.00: Kami pun memulaikan pelajaran. Wah, perutku mulai berbunyi :))


10.25 : Masa rehat, saya tidak pergi ke kantin kerana saya puasa. Suatu hal yang jarang terjadi. Kerana biasanya saya selalu lari ke kantin :)


10.55: Masa rehat selesai dan pelajaran dimulai kembali.


12.55: Pelajaran Bahasa Melayu, diluar mulai terdengar bunyi hujan deras. Hawa pun menjadi dingin. Wah!! perut saya pun tambah lapar. Tapi saya tak boleh makan, kerana saya sedang berpuasa.


14.55: Pulang sekolah, saya tidak pergi cca kerana lupa membawa baju. Saya, hasan dan afiq pun pulang.


15.30: Di dalam bas, Minchan, Li Fang bersama Young Woo datang. Meraka datang membawa bubble tea. Alamak!!!! SAYA LUPA SAYA SEDANG BERPUASA, saya mengambil bubble tea Minchan dan minum. HAAAA!!! Saya LUPA..... Hasan dan Afiq pun berkata : " Apa kau buat, dah buka puasa ya? "

Kami pun pulang kerumah dan janjian pergi ke lan.


16.00: saya sampai di rumah.


16.30: saya telah selesai mandi dan siap-siap ke lan.


17.15: sampai di lan dan bermain selama 1 jam.


18.15: Kami selesai bermain. Hasan, Afiq dan Fadhli balik ke rumah untuk buka puasa. Saya pun pergi ke rumah kawan saya di Toa Payoh.


19.00: Saya sampai di rumah kawan saya. Kami ramai bercerita dan bernyanyi sambil teman saya yang lain bermain gitar.


22.00: Tanpa terasa, waktu berlalu begitu cepat. Saya pun baru sadar saya belum makan sangat 1 hari. Saya pun menelepon KFC Delivery. Saya memesan 2 ayam, 1 burger, 1 kentang goreng dan 1 popcorn ayam.


22.50 : Pesanannya datang. Saya pun makan. Kenyang rasanya:)


23.30: saya balik kerumah.


23.45: sampai di rumah, saya membuat refleksi yang disuruh oleh sec 4 dan saya pun tidur.



Kesimpulan:

Misi saya GAGAL...Maaf cikgu!

saya tak bermaksud untuk minum, tapi tanpa sadar saya minum. Jadi saya memiliki kesimpulan bahawa selama kita berpuasa. Bukan hanya ada kemauan tapi kita harus memiliki kemampuan untuk melakukannya.


Khamis, 20 Ogos 2009

Karangan 1 :)

Semasa aku mengemas kain baju di almari, aku terpandang sehelai baju biru yang aku pakai saat menghantar saat menghantar sahabat karibku "Afiq" ke lapangan terbang. Dia mengikuti keluarganya yang ingin bermastautin di Australia. Air mataku berlinangan membasahi pipiku saat aku mengingat masa-masa susah senang yang kulalui bersamanya, sahabat terbaik yang pernah kumiliki.

Aku teringat saat hari dimana dia akan bermustautin, dia tidak memberitahukanku jika dia akan bermastautin. Dia berpendapat, agar aku tidak begitu sedih. Pada hari itu, dia mengajakku berbelanja di Orchard Rd. Aku dan dia pun membeli baju yang sama berwarna biru di Zara. Aku dan dia pun memakai baju itu selama berbelanja seharian di Orchard.
Ketikia pukul 6 sore, saat sedang makan malam. Dia memberitahukanku bahawa dia akan bermastautin ke Australia malam itu. Aku sangat kaget, pikiranku seperti disambar petir. Aku tak percaya bahawa aku akan kehilangan sahabat terbaikku.
Afiq pun menenangkan aku agar aku tidak sedih. Sehabis makan, dia pun mengatakan bahawa dia harus ke lapangan terbang, kerana keluarganya telah menunggunya disana. Aku sangat sedih , terlintas dalam pikiranku, bahawa waktu yang kumiliki untuk bersama sahabat karibku tinggal beberapa jam lagi.
Selama di teksi di perjalanan, air mataku mulai membasahi pipiku, aku pikir ini hanyalah sebuah mimpi, tapi ternyata tidak! Ku harus merelakan untuk kehilangan dia. Masih aku berpikir, teksi sudah sampai di lapangan terbang.
Di lapangan terbang, keluarganya telah menunggunya. Dia pun memasuki pintu keberangkatan. Aku pun menyaksikannya menghilang dibalik pintu keberangkatan.
Ehm, airmataku terus membasahi pipiku saat memegang baju itu.

Rabu, 12 Ogos 2009

^SELAMAT ULANG TAHUN SINGAPURA !!^

Helloo... Yang pertama saya ingin mengucapkan
"SELAMAT ULANG TAHUN SINGAPURA"..

selama masa cuti selama 3 hari..
saya melakukan banyak hal..



hari jumat..
hari jumat adalah hari sekolah menengah Northbrooks merayakan
Hari Nasional..

saat itu, kami memakai pakaian adat..
saya memakai pakaian melayu..hehe :D
HARI YANG SERONOK...!!

hari itu kami merayakannya sebagai SEKOLAH..
bernyanyi bersama-sama dan mengibarkan bendera Singapura bersama-sama..
tapi, saya kecewa dengan beberapa teman kelas saya,
karena tidak mau menyanyi dan mengibarkan bendera :(


setelah acara selesai,
kami kelas "2 Gracious" pergi ke lantai 3 untuk mengambil foto..
ini ada 2 foto yang diambil saat itu..
foto ini diambil oleh Farhanah..( Terima Kasih Farhanah) :p

foto bersama Farhanah dan Afiq

2 GRACIOUS



setelah acara,
saya pun pulang kerumah..
pada hari itu saya hanya beristirahat dirumah..

saya nanti berseronok dengan kawan-kawan saya,
pada akhir pekan "sabtu, minggu dan isnin"..hehehe:))